• Teruja dengan komitmen dan reputasi Ceria Kabin beroperasi, sebuah syarikat yang berasal daripada Jepun melantik Fajar Ceria
  • Teruja dengan komitmen dan reputasi Ceria Kabin beroperasi, sebuah syarikat yang berasal daripada Jepun melantik Fajar Ceria
  • Teruja dengan komitmen dan reputasi Ceria Kabin beroperasi, sebuah syarikat yang berasal daripada Jepun melantik Fajar Ceria
  • Teruja dengan komitmen dan reputasi Ceria Kabin beroperasi, sebuah syarikat yang berasal daripada Jepun melantik Fajar Ceria
  • Teruja dengan komitmen dan reputasi Ceria Kabin beroperasi, sebuah syarikat yang berasal daripada Jepun melantik Fajar Ceria
  • Teruja dengan komitmen dan reputasi Ceria Kabin beroperasi, sebuah syarikat yang berasal daripada Jepun melantik Fajar Ceria

Saturday, May 8, 2010

Ahmad Said Cipta Sejarah Baru Dunia IT Terengganu.

KUALA TERENGGANU : YAB Menteri Besar Terengganu telah mencipta sejarah tersendiri dunia IT Terengganu apabila merasmikan facebook dan empat blog rangkaian Usahanita Terengganu malam ini.

Pelancaran dilakukan Dato' Ahmad Said pada jam 8.40 malam dalam satu Majlis Makan Malam Amal “ Kasih Sayang Tiada Batasan Perjuangan Tiada Sempadan”. Majlis Makan mala diadakan sempena mesyuarat Agung Pertama Penubuhan Usahanita Terengganu.

Sebaik sahaja Dato’ Ahmad Said menekan butang pelancaran, keempat-empat rangkaian blog ini akan memaparkan berita secara serentak dalam waktu yang sama. Maklumat pelancaran yang diterbitkan dalam “posting” blog ini disambuingkan “link posting” secara otomatik ke Facebook Usahanita Terengganu.

Usahanita Terengganu yang barus setahun ditubuhkan kini bergiat cergas dalam menjalankan aktiviti mereka dan menggunakan sepenuhnya kemudahan teknologi makluman yang ada hari ini.

Segala maklumat dan promosi acara dilakukan serentak melalui empat rangkaian blog usahanita Terengganu iaitu ushanita.blogspot. ziqbakery.blogspot, ceriakabin.blogspot, usahanitahaliza.blogspot dan tidakn ketinggalan Facebook Usahanita Terengganu.

Makan malam amal yang juga turut dihadiri Presiden Usahanita Malaysia, Puan Hajjah Faridah Jabbar. Majlis ini juga diserikan dengan artis undangan Nassier Wahab.

Mesyuarat Agung Usahanita Terengganu akan berlangsung pada 8.5.2010 dan dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohamed bin Awang Tera di Dewan Konvensyen YPU Kuala Terengganu.

    POWERED BY

Wednesday, May 5, 2010

Nassier Wahab Pastikan Tiada Memori Cinta Luka Usahanita Terengganu.

Makan Malam Amal anjuran Usahanita Terengganu akan diwarnai Penyanyi Memori Cinta Luka Nassier Wahab Jumaat ini.

Tiket sudah mula dijual sekarang.

Untuk tempahan sila hubungi:
Puan Liza : 012 9856923
Rohana Rohati : 0162031778
Puan Zaliha : 0177142229


*Tempahan awal berserta bayaran akan mengelakkan kekecewaan yang berpanjangan.

Jualan Tiket Makan Malam Amal Usahanita Terengganu Kini Dibuka.

Usahanita dianggotai usahawan hawa yang berwibawa, bermotivasi dan berdedikasi. Tidak kira samada mereka surirumah, ibu tunggal, lepasan siswazah IPTA atau pun remaja, kesemua mereka berkongsi satu matlamat dalam satu persatuan.

Bermula daripada Kemaman, Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun, mereka berhasrat untuk menjadikan Usahanita sebagai jambatan untuk berbakti kearah pembangunan negara.

Mereka kini sedang berusaha memperlengkapkan diri untuk supaya lebih berdisplin, bertanggungjawab, prihatin, dinamik, proaktif, cergas dan berkepimpinan. Kalau tidak diPecahkan Ruyungnya, bagaimana mampu kami memiliki kemahiran untuk berdikari dan seterusnya menjadi warganegara yang berbudaya, patriotik, kesukarelaan dan memiliki daya juang yang tinggi.

Sebagai langkah permulaan Usahanita Terengganu menganjurkan “Majlis Makan Malam Amal Kasih Sayang Tiada Batasan, Perjuangan Tiada Sempadan“ bagi membantu menambah keupayaan dana mereka. Sudikah anda membantu?

Harga Tiket: RM 100.00 (Ahli) RM 150.00 (Bukan ahli)
Untuk tempahan hubungi segera:
Puan Liza : 012 9856923
Rohana Rohati : 0162031778
Puan Zaliha : 0177142229

Tempahan awal berserta bayaran akan mengelakkan kekecewaan yang berpanjangan.

Sunday, May 2, 2010

"Tiada Yang Mustahil" Azizah Aziz Bhg 2

Oleh : Zulkifli Ahmad

Majalah Jihad Bisness


Kini, tidak hairanlah kerana beliau kini adalah seorang usahanita yang mampu mengurus pelbagai perniagaan seperti kedai makan, pembekalan, pembinaan, penghawa dingin dan kabin. “Saya kini menumpukan perniagaan kabin kerana ia adalah bisnes baru bagi Fajar Ceria. Perniagaan ini bermula pada tahun 2007 apabila seorang kenalan meminta saya membekal 4 unit kabin dalam tempoh 2 minggu. Permintaan itu seolah-olah mencabar wibawa saya sebagai usahanita". Tegas Puan Azizah dengan penuh semangat.

“Walau pun ketika itu perasaan saya amat gementar kerana tempoh masa terlalu singkat. Jadi, Apa pilihan saya? Saya mahu dan saya juga mahu buktikan yang saya juga mampu. Saya beranikan diri menyahut cabaran itu kerana saya yakin ia adalah satu bidang baru dan jelas berpotensi untuk menjadi teras utama perniagaan saya”. Ujar Puan azizah sambil menunjukkan profil syarikatnya.

Bermula dengan membekal 4 kabin, kini beliau telah membekal lebih daripada 200 kabin kepada pelanggan di Pantai Timur. Beliau kini bukan sekadar mampu membekal, malah berupaya membina sendiri “kabin Pintar” menerusi syarikatnya Ceria Kabin.

“Dahulu kita hanya melihat kotak-kotak kontena diletakkan di tapak projek pembinaan sebagai pejabat projek, kini kabin yang lebih baik di bina dan dijadikan sekolah, tandas, surau, chalet dan lain-lain. Saya yakin mampu mempelbagaikan lagi kegunaan kabin kerana permintaannya semakin bertambah”. Ujar Puan Azizah.

Anak jati Terengganu kelahiran Kuala Ibai ini besyukur dan menghargai kepercayaan serta dorongan yang diberikan suami, ibu serta ahli keluarga yang turut sama membantu membangunkan Fajar Ceria Sdn Bhd. “Setiap ahli keluarga diamanahkan dengan satu tugas sebagai contoh adik lelaki yang berkelulusan dari Pusat Giat Mara saya amanahkan mengurus perniagaan penghawa dingin. Saya tidak memberi gaji tetapi beliau sendiri membayar gaji untuk dirinya”

Apabila ditanya apakah falsafah perniagaannya beliau lantas menjawab “D.U.I.T” iaitu Doa, Usaha, Ikthiar dan Tawakal. Ternyata beliau seorang yang gigih, berani dan komited dalam kerjanya. “Saya banyak menimba ilmu menerusi pengalaman, menyertai seminar dan bengkel-bengkel perniagaan dan saya manafaatkan sepenuhnya ilmu yang diperolehi untuk mengembangkan perniagaan” tegas Puan Azizah mengakhiri perbualan.

‘TIADA YANG MUSTAHIL’ - Azizah Aziz Bahagian 1

Oleh : Zulkifli Ahmad

Majalah Jihad Bisness


Wanita hari ini bukan lagi kaum yang lemah, malahan ada diantara mereka yang sudah mampu mengapai awan dan menggegar dunia. Kejayaan wanita hari ini bukan sekadar setara malah ada yang lebih cemerlang daripada kaum Adam.  Tiada siapa boleh menafikan hakikat ini.  Anugerah ‘Malaysia’s CEO of the Year 2009’ buat pertama kali selepas 15 tahun menjadi milik Datin Paduka Siti Sa’adiah Sheikh Bakir peneraju rangkaian hospital pakar KPJ yang menewaskan 118 calon daripada 16 industri berbeza. Tahniah daripada meja Jihad Bisnes kepada Datin Paduka dan seluruh wanita yang selama ini telah banyak berjuang dari mula menuntut kemerdekaan hinggalah ke hari ini menyumbang kepada pembangunan negara.

Dalam kunjungan ke Terengganu, Jihad Bisnes berkesempatan menemui Puan Azizah Aziz seorang usahawan kecil yang berjiwa besar. Menurut Setiausaha Kehormat Dewan Perdagangan Islam Malaysia (Terengganu) DPIMT, Hj. Ahmad Ismail, Puan Azizah Aziz adalah antara ahli wanita DPIMT yang aktif malah beliau turut menganggotai pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) lain.

Selain menjadi ahli DPIMT, beliau turut menyertai Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia dengan memikul tanggungjawab sebagai Setiausaha negeri, Pakatan Hardware Bumiputera Mara Terengganu sebagai Bendahari, Pembangunan Usahawan Bumiputera (JKR) dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.

“Alhamdulillah, setakat hari ini saya masih mampu menjalankan tugas mengurus perniagaan dan menyumbang tenaga sekadar termampu kepada persatuan-persatuan terbabit” ujar Puan Azizah membuka bicara.

Menurut Pengarah Urusan Fajar Ceria Sdn Bhd ini, beliau memulakan perniagaan selepas menimba pengalaman berguna dipelbagai industri seperti pengilangan, perhotelan dan pembinaan.  Walaupun pada kenyataannya beliau tidak berkelulusan menara gading namun pengalaman mengurus hal ehwal kewangan di pelbagai syarikat telah mencetus minat mendalam untuk berniaga.

“Sejak berusia 17 tahun lagi saya sudah mula mengenali dan membabitkan diri dalam kerja-kerja pembinaan kerana ayah saya seorang kontraktor.  Saya di arah ayah untuk mengendalikan pelbagai kerja-kerja yang seharusnya dilakukan oleh kaum lelaki”. Tegas Puan Azizah.(Bersambung..)

Penubuhan Fajar Ceria. Di Sini Bermula Cabaran Azizah Sebagai Usahanita.

Fajar Ceria Sdn. Bhd. telah ditubuh dan diperbadankan di Malaysia pada 16 Mei 2001.
Fajar Ceria kini beroperasi sepenuhnya di No.B2,Tingkat 1, Bangunan MARA, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu. Fajar Ceria diusahakan bumiputera yang berpengalaman dan berpandangan jauh.

AKTIVITI SYARIKAT
Fajar Ceria memusatkan aktiviti utama kepada pembinaan di sekitar Kuala Terengganu dan mempunyai beberapa buah anak syarikat yang lain.
Syarikat akan turut melaksanakan projek perumahan bertujuan untuk memperkenal dan memperkukuhkan imej syarikat sebagai pemaju perumahan yang berjaya dan berwibawa.
Fajar Ceria bakal mengembangkan operasi perniagaannya di luar Terengganu dengan memperkenalkan pelbagai inovasi dan idea baru dalam perniagaan.

O B J E K T I F
Syarikat dimantapkan dengan pekerja mahir daripada segi kewangan, pengurusan pentadbiran dan dibantu oleh tenaga teknikal yang berpengalaman, kreatif dan inovatif. Berasaskan kepada fakta tersebut, anda pasti yakin terhadap kemampuan dan kredibiliti Fajar Ceria untuk mengendali, mengurus dan menyiapkan projek binaan.Kami mengutamakan kualiti dan standard mutu kerja kelas pertama untuk setiap projek yang dijalankan. Sikap toleransi atau prinsip mesra pelanggan yang diamalkan merupakan asset utama syarikat meraih kepercayaan dan keyakinan pelanggan.


Kami mengamalkan konsep pemasaran 4P yang diasaskan kepada Product, Place, Promotion,Pricing:

1.Product (produk) – Kami menghasilkan kerja pembinaan, mempunyai imej dan reputasi tersendiri dalam hasil kerja dan material berkualiti. Kami mengambil kira pelbagai aspek penting terutama pandangan jururunding dalaman agar rumah yang akan bakal didiami sesuai dengan perkembangan semasa dan bertepatan dengan citarasa pelanggan.
2.Place (kawasan) – Syarikat pada awal penglibatan menjalankan srategi bagi membina rumuh-rumah persaorangan di sekitar Kawasan Bukit Bayas dan seterusnya di kawasan setempat yang lain. Tetapi permintaan tidak dihadkan dan kami turut melaksanakan pembinaan di mana-mana tempat lain mengikut kesesuaian dan kehendak pelanggan.

3.Promotion (promosi) – Syarikat menjalankan promosi secara menyeluruh selain meletakkan papan tanda di kawasan pembinaan. Antaranya, melalui perjumpaan dengan pihak-pihak tertentu/individu, melalui pergaulan seharian dengan pelbagai lapisan masyarakat dan tidak ketinggalan daripada testimonial pelanggan.

4.Pricing (harga) – Kami mengenakan harga berpatutan mengikut pasaran semasa. Penekanan kualiti dan kepuasan pelanggan kerana rumah adalah untuk didiami sepanjang hayat tanpa kecacatan dan mengelakkan masalah rumah siap pahat berbunyi. Prinsip-prinsip ini juga diguna pakai bagi lainlain
perkhidmatan yang kami tawarkan seperti di bawah:
- Pembekal / Perkhidmatan Penghawa Dingin
- Pembekal / Perkhidmatan Alat Pencegah Kebakaran & Kawalan Keselamatan
- Pembekal / Perkhidmatan Kelengkapan Pejabat dan Kediaman
- Pembekal / Perkhidmatan Peralatan Dapur
- Membekal kabin.
- Perabut.
- Permaidani/Ambar.
- Kelengkapan Dapur.
- Alat Perhubungan.
- Barang-Barang Berjahit (yang tidak melekat d badan )
- Makanan Bermasak Islam.
- Kelengkapan/Kemudahan Awam.
- Kontena/Tangki.
- Pengurusan Pameran/Pentas.
- Mencuci Bangunan.
- Membersih Kawasan.
- Kontrak Buruh.
- Hiasan Dalaman.
- Bangunan.
- Dobi.