• Teruja dengan komitmen dan reputasi Ceria Kabin beroperasi, sebuah syarikat yang berasal daripada Jepun melantik Fajar Ceria

Sunday, May 2, 2010

"Tiada Yang Mustahil" Azizah Aziz Bhg 2

Oleh : Zulkifli Ahmad

Majalah Jihad Bisness

Kini, tidak hairanlah kerana beliau kini adalah seorang usahanita yang mampu mengurus pelbagai perniagaan seperti kedai makan, pembekalan, pembinaan, penghawa dingin dan kabin. “Saya kini menumpukan perniagaan kabin kerana ia adalah bisnes baru bagi Fajar Ceria. Perniagaan ini bermula pada tahun 2007 apabila seorang kenalan meminta saya membekal 4 unit kabin dalam tempoh 2 minggu. Permintaan itu seolah-olah mencabar wibawa saya sebagai usahanita". Tegas Puan Azizah dengan penuh semangat.

“Walau pun ketika itu perasaan saya amat gementar kerana tempoh masa terlalu singkat. Jadi, Apa pilihan saya? Saya mahu dan saya juga mahu buktikan yang saya juga mampu. Saya beranikan diri menyahut cabaran itu kerana saya yakin ia adalah satu bidang baru dan jelas berpotensi untuk menjadi teras utama perniagaan saya”. Ujar Puan azizah sambil menunjukkan profil syarikatnya.

Bermula dengan membekal 4 kabin, kini beliau telah membekal lebih daripada 200 kabin kepada pelanggan di Pantai Timur. Beliau kini bukan sekadar mampu membekal, malah berupaya membina sendiri “kabin Pintar” menerusi syarikatnya Ceria Kabin.

“Dahulu kita hanya melihat kotak-kotak kontena diletakkan di tapak projek pembinaan sebagai pejabat projek, kini kabin yang lebih baik di bina dan dijadikan sekolah, tandas, surau, chalet dan lain-lain. Saya yakin mampu mempelbagaikan lagi kegunaan kabin kerana permintaannya semakin bertambah”. Ujar Puan Azizah.

Anak jati Terengganu kelahiran Kuala Ibai ini besyukur dan menghargai kepercayaan serta dorongan yang diberikan suami, ibu serta ahli keluarga yang turut sama membantu membangunkan Fajar Ceria Sdn Bhd. “Setiap ahli keluarga diamanahkan dengan satu tugas sebagai contoh adik lelaki yang berkelulusan dari Pusat Giat Mara saya amanahkan mengurus perniagaan penghawa dingin. Saya tidak memberi gaji tetapi beliau sendiri membayar gaji untuk dirinya”

Apabila ditanya apakah falsafah perniagaannya beliau lantas menjawab “D.U.I.T” iaitu Doa, Usaha, Ikthiar dan Tawakal. Ternyata beliau seorang yang gigih, berani dan komited dalam kerjanya. “Saya banyak menimba ilmu menerusi pengalaman, menyertai seminar dan bengkel-bengkel perniagaan dan saya manafaatkan sepenuhnya ilmu yang diperolehi untuk mengembangkan perniagaan” tegas Puan Azizah mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment