• Teruja dengan komitmen dan reputasi Ceria Kabin beroperasi, sebuah syarikat yang berasal daripada Jepun melantik Fajar Ceria

Sunday, May 2, 2010

‘TIADA YANG MUSTAHIL’ - Azizah Aziz Bahagian 1

Oleh : Zulkifli Ahmad

Majalah Jihad Bisness

Wanita hari ini bukan lagi kaum yang lemah, malahan ada diantara mereka yang sudah mampu mengapai awan dan menggegar dunia. Kejayaan wanita hari ini bukan sekadar setara malah ada yang lebih cemerlang daripada kaum Adam.  Tiada siapa boleh menafikan hakikat ini.  Anugerah ‘Malaysia’s CEO of the Year 2009’ buat pertama kali selepas 15 tahun menjadi milik Datin Paduka Siti Sa’adiah Sheikh Bakir peneraju rangkaian hospital pakar KPJ yang menewaskan 118 calon daripada 16 industri berbeza. Tahniah daripada meja Jihad Bisnes kepada Datin Paduka dan seluruh wanita yang selama ini telah banyak berjuang dari mula menuntut kemerdekaan hinggalah ke hari ini menyumbang kepada pembangunan negara.

Dalam kunjungan ke Terengganu, Jihad Bisnes berkesempatan menemui Puan Azizah Aziz seorang usahawan kecil yang berjiwa besar. Menurut Setiausaha Kehormat Dewan Perdagangan Islam Malaysia (Terengganu) DPIMT, Hj. Ahmad Ismail, Puan Azizah Aziz adalah antara ahli wanita DPIMT yang aktif malah beliau turut menganggotai pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) lain.

Selain menjadi ahli DPIMT, beliau turut menyertai Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia dengan memikul tanggungjawab sebagai Setiausaha negeri, Pakatan Hardware Bumiputera Mara Terengganu sebagai Bendahari, Pembangunan Usahawan Bumiputera (JKR) dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.

“Alhamdulillah, setakat hari ini saya masih mampu menjalankan tugas mengurus perniagaan dan menyumbang tenaga sekadar termampu kepada persatuan-persatuan terbabit” ujar Puan Azizah membuka bicara.

Menurut Pengarah Urusan Fajar Ceria Sdn Bhd ini, beliau memulakan perniagaan selepas menimba pengalaman berguna dipelbagai industri seperti pengilangan, perhotelan dan pembinaan.  Walaupun pada kenyataannya beliau tidak berkelulusan menara gading namun pengalaman mengurus hal ehwal kewangan di pelbagai syarikat telah mencetus minat mendalam untuk berniaga.

“Sejak berusia 17 tahun lagi saya sudah mula mengenali dan membabitkan diri dalam kerja-kerja pembinaan kerana ayah saya seorang kontraktor.  Saya di arah ayah untuk mengendalikan pelbagai kerja-kerja yang seharusnya dilakukan oleh kaum lelaki”. Tegas Puan Azizah.(Bersambung..)

No comments:

Post a Comment